Teks sutera Mawangdui Huang-Lao

Teks sutera Mawangdui dijumai berhampiran Changsha pada tahun 1973 termasuk empat manuskrip yang sesetengah sarjana tafsirkan sebagai teks utama Huang-Lao.

Manuskrip sutera yang dijumpai di kubur Mawangdui nombor tiga, bertarikh 186 BCE, termasuk dua versi Daodejing, satu darinya ("B" atau yi 乙) memiliki salinan empat teks dilekatkan di bahagian hadapannya. Ia berjudul (tr. Peerenboom 1993:6) Jingfa (經法 "Hukum Kanon " atau "Piwaian bagi Berkala "), Shiliujing (十六經 "Enambelas Klasik ", juga dibaca sebagai Shidajing 十大經 "Sepuluh Klasik Agung "), Cheng (稱 "Timbangan menurut Skala ", himpunan aphorism “pernyataan prinsip ringkas”), dan Yuandao (原道 "Asal Jalan ", juga berjudul Huainanzi bab 1).

Sesetengah pakar Cina, seperti Tang Lan (唐兰, 1975) dan Yu Mingguang (余明光, 1993), menafsir empat manuskrip ini sebagai Huangdi Sijing (黃帝四經 "Empat Klasik Maharaja Kuning ") yang tidak lagi wujud, yang bibliographer Yiwenzhi (藝文志) bagi Hanshu senaraikan sebagai memiliki empat bahagian. Alasan Tang termasuk judul Jingfa dan Shiliujing dengan jing (經 "kanon; klasik ") dan rujukan kerap pada Huangdi ("Maharaja Kuning ") di Shiliujing.

Pakar lain, seperti Robin Yates (1997) dan Edmund Ryden (1997), menafsir empat manuskrip sebagai teks saling tidak serasi hasilan dari tradisi falsafah berlainan. Paola Carrozza (2002:61) merujuk pendekatan ini sebagai "pengarang berbeza, masa berbeza, dan tempat berbeza."Akibatnya, banyak penafsiran mengenai asal dan ciri-ciri pemikiran Huang-Lao Taoist adalah yang berdasarkan pembacaan anuskrip Mawangdui adalah dipetikaikan, kerana ia berdasarkan tanggapan bahawa teks ini membentuk satu yang lengkap dan benar-benar memiliki kaitan dengan Huang-Lao. (Yates 2008:509)

Rujukan

WikiPedia: Huang-Lao http://www.docin.com/p-12991319.html http://books.google.com/?id=qxgLcrLL-IIC http://books.google.com/books?id=IPl65YAQxI8C http://books.google.com/books?id=lhAhAAAAMAAJ&dq=h... http://books.google.com/books?id=uGZIziWmlmsC http://chinaknowledge.de/Literature/Daoists/huangd... http://www.indiana.edu/~g380/4.8-Huang-Lao-2010.pd... http://bhoffert.faculty.noctrl.edu/HST330/012.Huan... http://www0.hku.hk/philodep/ch/Status_LZ.htm http://www.afec-en-ligne.org/IMG/pdf/12-2VanHess.p...